Tuesday, December 9, 2014

ONLY MOM'S VOICE CAN MAKE OUR HEART WARM

hai..its me again..but in a worst condition..semalam, secara officially nye aku x berjaya mempertahankan hubungn aku dengan seorg yg aku syg sgt2..sejak dari smalam, aku cuba bangkit..tp pagi ni, aku jatuh lagi..tengah2 aku kerja, aku x mampu lagi nak menahan kepedihan hati. aku betul2 patah..bukan bengkok..tp patah..harapan, impian dan cita2 aku musnah mcm tu je. aku x salahkn die 100% maybe mmg aku bukan utk die. rase sakit yg aku fikir takkan rase lagi dalam hidup aku, aku silap..malah, sakit ni lebih dalam dari yg sebelumnye. tp, aku masih cuba menerima hakikat dan realiti bahawa dia sudah tiada lagi bersama aku. aku perlu bangkit dan sedarkan diri aku..pada ketika tu, apa yg terlintas difikiran aku ialah mak aku..

bila aku terfikir kan mak aku, aku terus ambil tepon aku dan tepon die..sebagai seorang mak yg semestinya ade naluri kewanitaan, die tahu dari naluri die bahawa aku sedih. sedangkan aku cuba berlakon mcm tiada apa2..tp, mak aku tetiba tanya.."adik, nape ni?" juz a short sentence, only short words yg kluar dari mulut mak aku dah buat air mata aku mengalir sederasnya..mcm air terjun. aku menangis sepuas puasnya sedangkan mak aku masih setia mendengar..dan aku tahu, dari hujung talian, aku dpt tangkap keresahan die..mak aku, risaukan aku..risaukan keadaan aku. lama aku menangis, sampai tersedu sedu, mak aku cuba bersuara tenangkn aku..dia pujuk aku..mak pujuk aku..dan hanya satu perkataan aku boleh balas, "mak..adik sakit..sakit sangat mak.." dan lepas tu, aku cerita semuanya..masih lagi menangis..dan aku dpt rasekan, mak aku tahan air mata dia sbb xnk menangis skali dengan aku..mendengar semua cerita aku..sbb mak aku juga wanita..dia fhm apa yg aku rasa..

lepas aku luahkan segalanya, mak aku mintak aku bersabar..mak aku bg aku bnyk nasihat dan doanya utk aku..mak aku kata, mungkin apa yg aku lalui ni sebangai pengajaran utk aku..belajar bagaimana nk hadapi situasi mcm ni. mak aku kata, Allah letakkan aku sekejap dlm situasi ni utk memberi aku ujian..mak kata, yakin pada Allah..Allah sudah aturkan yg terbaik utk aku..mendengar segala nasihat dan doa dari seorang mak utk anak perempuannya yg patah hati, aku terharu sgt2. aku sedar..jika aku dlm kesusahan, tiada siapa yg akan ade di sisi aku melainkan Allah dan Allah juga kirimkan seorang mak pd aku dan letakkan mak di sisi aku supaya aku dpt bangkit dengan kata2 semangat yg mak aku beri..terima kasih, mak..nasihat mak adik xkn lupa lagi..dan adik akan ikut ckp mak lepas ni..adik percaya pada mak..dan yakin pada mak..kerana mak adalah kiriman dari Allah utk adik. insyallah, mak..insyallah adik akan cuba yg terbaik utk bangkit lagi..jadi anak mak yg dulu..adik syg mak..

dari apa yg berlaku pd aku, aku rasa, mmg mendengar suara seorang mak saja yg akan buat kita tenang..apatah lagi mendengar nasihat dan doa dari mak..aku harap, Allah x ambil mak aku dulu sebelum aku boley berdiri dengan betul..aku perlukan mak aku..only mom's voice can make our heart warm..


No comments:

Post a Comment