hai..hari ni merupakan last post aku utk tahun 2014..esok, kita akan meraikan kedatangan tahun baru di mana usia aku juga semakin meningkat..tp, itu kan lumrah manusia..usia meningkat mungkin satu kesedaran utk kita..jgn terlalu nak enjoy di bumi ini..hmmm..seperti yg aku jangka, harapan terakhir aku iaitu perkara yg paling aku nak ianya tercapai sebelum tahun 2014 menutup tirai, tidak tercapai..hampa..tp, sape peduli kan?? takde sape pon akan peduli ngn wishlist aku yg terakhir utk tahun 2014 ni..well, jujurnye, aku dh biasa dh kecewa..so, nak mengharap pada yg tak pasti tu mungkin tidak lagi aku akan lakukan..utk tahun depan, hidup aku kene banyak2 bertabah hati, perasaan dan mungkin akan mengalami kekecewaan yang agak dasyat..jadi, aku nak prepare diri aku..peperangan dengan perasaan dan fikiran sendiri..
kalau org tnye, apakah pendapat aku tentang tahun 2014 dalam hidup aku? ermm..aku akan jawab, tahun 2014 bnyk mengajar aku..mengajar dan buka minda serta fikiran aku yg selama ni, tak semua benda baik akan dibalas baik..tak semua niat yg murni pada kita adalah niat yg murni pada org lain..tahun 2014 juga mengajar aku ape itu kepercayaan, kesetiaan, kejujuran bagi sesuatu hubungan..mengajar ape erti hubungan jarak jauh yg tak berkesudahan..apa erti harapan, impian yg tidak pernah termakbul..erti kekecewaan, tangisan, kelukaan hati, emosi dan kegagalan..ape erti kawan makan kawan, kawan yg tidak menyokong kita, kawan yg cuba memusnahkan hidup kita, kawan yg tak nak tgok kita bahagia bersama org lain, kawan yg berpura pura menjadi kawan kita padahal mempunyai niat disebaliknya, kawan yg depan kita ckp lain, belakang kita ade plan lain, hubungan 'kawan' yg melebihi kawan..menanggung penderitaan kebenaran yang sekian lama disembunyikan, dituduh bermacam macam, tidak pernah mendapat pembelaan dari org yg kita sayangi dan yg diharapkan akan membela kita, dijadikan hanya sebagai mainan dan teman ketika sunyi..aku dah rasa semua tu..aku dah belajar semua tu..hanya dalam masa setahun, pelbagai perkara yg aku pelajari..
untuk itu, azam tahun baru aku merangkumi semua perkara dan kenangan serta perasaan dari tahun 2014 untuk dilupakan, tidak ambil peduli pada tahun 2015..lebih senang nak faham, aku menutup segala perasaan, sikap ambil berat dan memilih untuk tidak peduli pd sesiapa yg aku rasa aku tak perlu peduli. selama ni, setiap azam tahun baru aku tak pernah terlaksana. tapi, aku yakin..kali ni, utk tahun 2015 ni, azam ini akan tercapai..azam ingin hidup dengan dunia sendiri dan menutup segala pintu peluang yg ada..cukuplah..aku tak mahu terluka utk tahun 2015. aku nak hidup aku pada tahun 2015 adalah permulaan yg baik utk aku. hidup yg lebih bnyk buat aku tersenyum daripada buat aku menangis..ya..tulah matlamat aku..so, take a deep breath, count till midnight, close your eyes..and say goodbye to 2014.. ;)
No comments:
Post a Comment