selamat pagi..pagi ni cuaca tak berapa nak elok sgt..aku masuk je office hujan pon turun dengan lebatnye..so, tetibe aku terfikir satu tajuk utk ditulis dalam ruang blog aku ni. tajuk pagi ni, aku nak bercakap pasal HUBUNGAN JARAK JAUH DAN ISU KEPERCAYAAN..see, aku siap capital kan sbb aku rase benda ni penting bile dh semakin dewasa. kita mula dengan hubungan jarak jauh. bercakap pasal hubungan jarak jauh atau long distance relationship, ermmm..bagi aku sendiri hubungan jarak jauh mmg x pernah akan berjaya. kenapa aku ckp macam ni?? sebab aku pernah mengalami dua kali hubungan jarak jauh dan kedua duanya GAGAL. ok2, mesti korang rase aku yg bagi masalah pada hubungan ni kan? sebenarnye, hubungan jarak jauh yg aku alami sering kali melibatkan org ketiga. dan org ketiga tu bukan dari pihak aku. aku mungkin nakal tapi, aku jenis yg kalau dah sayang, aku akan bagi perhatian sepenuhnye pada hubungan aku..tapi, aku rase semua ni hukuman pada aku atas dosa2 lalu aku yg menjadikan hubungan jarak jauh aku tak pernah berjaya dan alasan yang sama..org ketiga..ok, stop citer pasal pengalaman aku tentang hubungan jarak jauh..
bagi aku, hubungan jarak jauh ni ok je..tak ade masalah pape pon. hubungan jarak jauh takkan ade masalah kalau kedua dua pihak saling mempercayai, tidak berlaku curang yang melibatkan org ketiga dan sentiasa menjaga hati , pergaulan utk pasangannya. biasanya, hubungan jarak jauh ni susah nak berjaya kerana beberapa faktor. bila ade hubungan jarak jauh, kebiasaannya lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya iaitu ingin sentiasa dilayan dan tidak boleh berasa keseorangan. pada masa inilah lelaki akan mula cari perempuan lain, berhubungan dengan perempuan lain kerana tidak dapat menahan nafsu. sementara yg wanita pula, sering kali berfikir yang pasangan mereka tidak akan menghubungi mana2 perempuan sewaktu ketiadaan dirinya dan berfikir yang pasangan mereka setia menunggu mereka sehingga mereka ada masa utk melayan pasangan mereka. tapi, ni dunia realiti..bukan dunia novel wahai wanita sekalian..jangkaan tu salah sama sekali kerana, lelaki adalah lelaki. itu adalah sifat semula jadi mereka. dan dari situlah wujudnya org ketiga yg akn memusnahkan kepercayaan wanita terhadap lelaki. so, jgn tanya kenapa wanita tidak boleh mempercayai lelaki. walaupun peluang yg diberi dan kepercayaan diberi berulang kali, tidak akan pernah berubah sbb mmg sifat semulajadi lelaki yang tidak dapat mengawal nafsu utk dilayan.
hubungan jarak jauh juga perlu melibatkan kepercayaan..katakanlah lelaki sudah terkantoi dengan pasangannya yg die berhubungan dgn wanita lain sewaktu ketiadaan pasangannye..sepatutnye jika lelaki tersebut benar2 waras dan berfikiran matang, die akan meminta maaf dan cuba utk tidak mengulangi perbuatannya lagi walaupon nafsu die nak melayan wanita lain amatlah tinggi, lelaki perlu belajar mengawal nafsu mereka. fikirlah..tidak mudah seorang wanita yg banyak kali terluka, ingin mencuba hubungan baru dengan anda. dan kemudian, akhirnya anda juga melayan wanita tersebut iaitu pasangan anda sama seperti lelaki2 yg melukakan hati wanita tersebut, bagaimana wanita tersebut ingin mempercayai anda lagi? wanita hatinya lembut walaupun anda nampak keras diluarnya. wanita akn beri peluang lagi..dan lagi..dan lagi..tetapi ingt, jika peluang yg diberi berulang lagi masih dikhianati, jgn harapkan kemaafan darinya jauh sekali peluang terakhir. dari situ, betapa sayangnya anda kepada die, betapa menyesalnye anda atas perbuatan anda, apa yg anda perlu buat ialah angkat kaki dari kehidupan die. kerana, percayalah, die xkn menerima anda kembali. mungkin die masih akan melayan anda..tetapi, die tidak mungkin akan mempercayai anda selamanya..mungkin die akan menganggap anda tidak lebih dari seorang kawan.
lelaki tidak akan faham situasi yang dikhianati kepercayaan berulang kali..sbb lelaki biasenye fikir, jika perempuan tu masih sayangkan dirinya, bermakna masih ada peluang utk kembali pulih..sedarla lelaki, anda silap..tidak ada peluang tu lagi..tidak akan pernah ada..ya..mmg wanita tu masih sayangkan anda..tetapi die bukanlah barang mainan yg boleh ditolak tarik mahupun sebagai "spare tyre" atau "spare part" dalam hidup anda. die akan belajar hiup tanpa anda dengan menganggap anda sebagai kawannya untuk melupakan perasaan syg die kepada anda..well..itulah yg terjadi jika isu kepercayaan dikhianati..tp, jika korg rase hubungan jarak jauh korg mampu berjaya, teruskan saja..sape tahu itu jodoh korg sehingga ke akhirnye..dan pada yg tidak berjaya, jadikan pengajaran dalam hidup..sebenarnye, ada tips utk kekalkn hubungan jarak jauh ni..selain dari isu kepercayaan yg penting tu..aku pernah terbaca satu artikel pasal hubungan jarak jauh..
antara tips nak kekalkan hubungan jarak jauh:
-kedua dua pihak perlu saling menghubungi..tanya khabar..tanya bagaimana hari masing2, berbual bual kosong supaya anda berdua tahu keadaan diri masing2.
-perlu mengadakan pertemuan..sekurangnya 2 kali sebulan atau sebulan sekali
-yang penting, perlu jujur walaupun perit.
-perlu saling mempercayai
-tiada menyembunyikan rahsia atau sesuatu dari pasangan
aku rase tu jela yg aku baca artikel ary tu..okla..gudluck pada sesape yg ade hubungan jarak jauh..all the best from me..chio..
No comments:
Post a Comment