Wednesday, December 31, 2014

GOODBYE 2014


hai..hari ni merupakan last post aku utk tahun 2014..esok, kita akan meraikan kedatangan tahun baru di mana usia aku juga semakin meningkat..tp, itu kan lumrah manusia..usia meningkat mungkin satu kesedaran utk kita..jgn terlalu nak enjoy di bumi ini..hmmm..seperti yg aku jangka, harapan terakhir aku iaitu perkara yg paling aku nak ianya tercapai sebelum tahun 2014 menutup tirai, tidak tercapai..hampa..tp, sape peduli kan?? takde sape pon akan peduli ngn wishlist aku yg terakhir utk tahun 2014 ni..well, jujurnye, aku dh biasa dh kecewa..so, nak mengharap pada yg tak pasti tu mungkin tidak lagi aku akan lakukan..utk tahun depan, hidup aku kene banyak2 bertabah hati, perasaan dan mungkin akan mengalami kekecewaan yang agak dasyat..jadi, aku nak prepare diri aku..peperangan dengan perasaan dan fikiran sendiri..

kalau org tnye, apakah pendapat aku tentang tahun 2014 dalam hidup aku? ermm..aku akan jawab, tahun 2014 bnyk mengajar aku..mengajar dan buka minda serta fikiran aku yg selama ni, tak semua benda baik akan dibalas baik..tak semua niat yg murni pada kita adalah niat yg murni pada org lain..tahun 2014 juga mengajar aku ape itu kepercayaan, kesetiaan, kejujuran bagi sesuatu hubungan..mengajar ape erti hubungan jarak jauh yg tak berkesudahan..apa erti harapan, impian yg tidak pernah termakbul..erti kekecewaan, tangisan, kelukaan hati, emosi dan kegagalan..ape erti kawan makan kawan, kawan yg tidak menyokong kita, kawan yg cuba memusnahkan hidup kita, kawan yg tak nak tgok kita bahagia bersama org lain, kawan yg berpura pura menjadi kawan kita padahal mempunyai niat disebaliknya, kawan yg depan kita ckp lain, belakang kita ade plan lain, hubungan 'kawan' yg melebihi kawan..menanggung penderitaan kebenaran yang sekian lama disembunyikan, dituduh bermacam macam, tidak pernah mendapat pembelaan dari org yg kita sayangi dan yg diharapkan akan membela kita, dijadikan hanya sebagai mainan dan teman ketika sunyi..aku dah rasa semua tu..aku dah belajar semua tu..hanya dalam masa setahun, pelbagai perkara yg aku pelajari..

untuk itu, azam tahun baru aku merangkumi semua perkara dan kenangan serta perasaan dari tahun 2014 untuk dilupakan, tidak ambil peduli pada tahun 2015..lebih senang nak faham, aku menutup segala perasaan, sikap ambil berat dan memilih untuk tidak peduli pd sesiapa yg aku rasa aku tak perlu peduli. selama ni, setiap azam tahun baru aku tak pernah terlaksana. tapi, aku yakin..kali ni, utk tahun 2015 ni, azam ini akan tercapai..azam ingin hidup dengan dunia sendiri dan menutup segala pintu peluang yg ada..cukuplah..aku tak mahu terluka utk tahun 2015. aku nak hidup aku pada tahun 2015 adalah permulaan yg baik utk aku. hidup yg lebih bnyk buat aku tersenyum daripada buat aku menangis..ya..tulah matlamat aku..so, take a deep breath, count till midnight, close your eyes..and say goodbye to 2014.. ;)

Monday, December 29, 2014

SIAPA NAQIQI??


halu..gemornin..ary ni nak ckp pasal satu bende yg mengganggu aku sejak bgn tdo pagi tadi..siapa Naqiqi?? Naqiqi ni satu makhluk yg muncul dalam mimpi aku secara tiba2. of coz..Naqiqi muncul sebagai seorang manusia lelaki yg aku xde idea sape die ni. aku telah bermimpi pasal Naqiqi ni semalam di mana keadaannya, mak dan ayah aku paksa aku kawin ngn makhluk ni. aku punye xnk kawin ngn die sampai aku ugut mak ayah aku. aku ckp, kalo diorg kawinkan aku gak ngn makhluk ni, aku akan pastikan aku bercerai ngn die. dan..paling aku x percaya sekali, dalam mimpi tu aku ckp, aku sanggup jadi janda daripada kawin ngn mamat yg aku x kenal..fuh..sampai cmtu skali aku sanggup xnk kawin ngn Naqiqi ni..menurut mimpi aku ni, Naqiqi xde buat salah pape pon..baik pada aku atau pada mak ayah aku..walaupon aku x nmpk muka die ngn jelas, aku tahu die seorang yg tinggi..ade senyuman yg agak manis..berkaca mata..die jugak seorg yg bersungguh sungguh..sbb nye, bile aku tolak die secara kasar, die tetap tolong aku dan masih tersenyum..tp, mcm biase, ego aku mmg tinggi..aku ckp kasar ngn die dan tolak die mase die nk tolong aku..aku gak perli dan sindir die..tp die langsung x heran..die mcm xde perasaan ngn ape yg aku ckp..

die layan mak ngn ayah aku baik je..tp..aku xtau npe aku benci gile ngn die ni..mybe sbb aku x kenal die dan aku x suke cara mak ayah aku paksa aku kawin ngn lelaki aku x kenal..even muka die pon aku x nmpk..ade ke nak suro aku kawin ngn org yg aku x kenal? x logik..ermmm..tapi, nasib la ni mimpi je sbb mak ayah aku bukanlah jenis menentukan pasangan utk anak2 diorg..Alhamdulillah..sekurangnye, satu yg aku pasti..aku xkn jumpa ngn makhluk Naqiqi ni..by the way, aku cuma tahu nama panggilan die Naqiqi..sebenarnye nama die bukan Naqiqi..mybe Naqiuddin kot..ntah..datang mana Naqiuddin ni..setahu aku, sepanjang aku hidup aku x pernah berkenalan ngn lelaki nama Naqiuddin atau Naqiqi..siapa pon Naqiqi ni, aku tahu dan yakin die x wujud..mybe die mmg wujud tp bukan dlm hidup aku..dan siapa pon Naqiqi ni, aku lega die cuma sekadar cebisan mimpi aku..

mesti aku bnyk sgt tgok drama, plus citer vampire diaries yg sweet aku tgh layan ni, english novel yg aku tgh baca dan kata2 mak aku pasal jodoh..mungkin dari situlah terciptanya makhluk Naqiqi ni..gabungan semua tu sampai aku terbawa bawa dalam mimpi..aku harap aku x mimpi mcm ni lagi..eh..tp kalau aku mimpi pon ape salahnye..lena sikit tdo..hahaha..ok2, tak..kalau mimpi pon, xpela sbb mimpi hanya mainan tidur dan mainan tidur sering kali akan diganggu oleh syaitan..boley jadi jugak Naqiqi ni syaitan mimpi aku yg cipta..pape pon, thnks la sbb bg nama utk makhluk dlm mimpi aku yg aku sendiri x pernah terfikir..kesimpulannya, jgn bnyk berangan sgt..tgok..mcm aku..berangan sgt smpai mimpi tah pape..ok, bg yg nama Naqiuddin kt luar sana, andai ade yg terbaca blog ni, aku mintak maaf sbb bukan korg yg terlibat dlm mimpi aku..senang citer, aku x kenal korg..so, selamat jalan, mimpi buruk..adios!!

Tuesday, December 23, 2014

LONG DISTANCE RELATIONSHIP AND TRUST ISSUE

selamat pagi..pagi ni cuaca tak berapa nak elok sgt..aku masuk je office hujan pon turun dengan lebatnye..so, tetibe aku terfikir satu tajuk utk ditulis dalam ruang blog aku ni. tajuk pagi ni, aku nak bercakap pasal HUBUNGAN JARAK JAUH DAN ISU KEPERCAYAAN..see, aku siap capital kan sbb aku rase benda ni penting bile dh semakin dewasa. kita mula dengan hubungan jarak jauh. bercakap pasal hubungan jarak jauh atau long distance relationship, ermmm..bagi aku sendiri hubungan jarak jauh mmg x pernah akan berjaya. kenapa aku ckp macam ni?? sebab aku pernah mengalami dua kali hubungan jarak jauh dan kedua duanya GAGAL. ok2, mesti korang rase aku yg bagi masalah pada hubungan ni kan? sebenarnye, hubungan jarak jauh yg aku alami sering kali melibatkan org ketiga. dan org ketiga tu bukan dari pihak aku. aku mungkin nakal tapi, aku jenis yg kalau dah sayang, aku akan bagi perhatian sepenuhnye pada hubungan aku..tapi, aku rase semua ni hukuman pada aku atas dosa2 lalu aku yg menjadikan hubungan jarak jauh aku tak pernah berjaya dan alasan yang sama..org ketiga..ok, stop citer pasal pengalaman aku tentang hubungan jarak jauh..

bagi aku, hubungan jarak jauh ni ok je..tak ade masalah pape pon. hubungan jarak jauh takkan ade masalah kalau kedua dua pihak saling mempercayai, tidak berlaku curang yang melibatkan org ketiga dan sentiasa menjaga hati , pergaulan utk pasangannya. biasanya, hubungan jarak jauh ni susah nak berjaya kerana beberapa faktor. bila ade hubungan jarak jauh, kebiasaannya lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya iaitu ingin sentiasa dilayan dan tidak boleh berasa keseorangan. pada masa inilah lelaki akan mula cari perempuan lain, berhubungan dengan perempuan lain kerana tidak dapat menahan nafsu. sementara yg wanita pula, sering kali berfikir yang pasangan mereka tidak akan menghubungi mana2 perempuan sewaktu ketiadaan dirinya dan berfikir yang pasangan mereka setia menunggu mereka sehingga mereka ada masa utk melayan pasangan mereka. tapi, ni dunia realiti..bukan dunia novel wahai wanita sekalian..jangkaan tu salah sama sekali kerana, lelaki adalah lelaki. itu adalah sifat semula jadi mereka. dan dari situlah wujudnya org ketiga yg akn memusnahkan kepercayaan wanita terhadap lelaki. so, jgn tanya kenapa wanita tidak boleh mempercayai lelaki. walaupun peluang yg diberi dan kepercayaan diberi berulang kali, tidak akan pernah berubah sbb mmg sifat semulajadi lelaki yang tidak dapat mengawal nafsu utk dilayan.

hubungan jarak jauh juga perlu melibatkan kepercayaan..katakanlah lelaki sudah terkantoi dengan pasangannya yg die berhubungan dgn wanita lain sewaktu ketiadaan pasangannye..sepatutnye jika lelaki tersebut benar2 waras dan berfikiran matang, die akan meminta maaf dan cuba utk tidak mengulangi perbuatannya lagi walaupon nafsu die nak melayan wanita lain amatlah tinggi, lelaki perlu belajar mengawal nafsu mereka. fikirlah..tidak mudah seorang wanita yg banyak kali terluka, ingin mencuba hubungan baru dengan anda. dan kemudian, akhirnya anda juga melayan wanita tersebut iaitu pasangan anda sama seperti lelaki2 yg melukakan hati wanita tersebut, bagaimana wanita tersebut ingin mempercayai anda lagi? wanita hatinya lembut walaupun anda nampak keras diluarnya. wanita akn beri peluang lagi..dan lagi..dan lagi..tetapi ingt, jika peluang yg diberi berulang lagi masih dikhianati, jgn harapkan kemaafan darinya jauh sekali peluang terakhir. dari situ, betapa sayangnya anda kepada die, betapa menyesalnye anda atas perbuatan anda, apa yg anda perlu buat ialah angkat kaki dari kehidupan die. kerana, percayalah, die xkn menerima anda kembali. mungkin die masih akan melayan anda..tetapi, die tidak mungkin akan mempercayai anda selamanya..mungkin die akan menganggap anda tidak lebih dari seorang kawan.

lelaki tidak akan faham situasi yang dikhianati kepercayaan berulang kali..sbb lelaki biasenye fikir, jika perempuan tu masih sayangkan dirinya, bermakna masih ada peluang utk kembali pulih..sedarla lelaki, anda silap..tidak ada peluang tu lagi..tidak akan pernah ada..ya..mmg wanita tu masih sayangkan anda..tetapi die bukanlah barang mainan yg boleh ditolak tarik mahupun sebagai "spare tyre" atau "spare part" dalam hidup anda. die akan belajar hiup tanpa anda dengan menganggap anda sebagai kawannya untuk melupakan perasaan syg die kepada anda..well..itulah yg terjadi jika isu kepercayaan dikhianati..tp, jika korg rase hubungan jarak jauh korg mampu berjaya, teruskan saja..sape tahu itu jodoh korg sehingga ke akhirnye..dan pada yg tidak berjaya, jadikan pengajaran dalam hidup..sebenarnye, ada tips utk kekalkn hubungan jarak jauh ni..selain dari isu kepercayaan yg penting tu..aku pernah terbaca satu artikel pasal hubungan jarak jauh..

antara tips nak kekalkan hubungan jarak jauh:

-kedua dua pihak perlu saling menghubungi..tanya khabar..tanya bagaimana hari masing2, berbual bual kosong supaya anda berdua tahu keadaan diri masing2.
-perlu mengadakan pertemuan..sekurangnya 2 kali sebulan atau sebulan sekali
-yang penting, perlu jujur walaupun perit. 
-perlu saling mempercayai
 -tiada menyembunyikan rahsia atau sesuatu dari pasangan

aku rase tu jela yg aku baca artikel ary tu..okla..gudluck pada sesape yg ade hubungan jarak jauh..all the best from me..chio..

Tuesday, December 16, 2014

A FRIENDSHIP JOURNEY


Assalamualaikum and hai! we meet again..ok, nak citer..minggu lepas aku telah pon spend masa dengan kawan2 sekolah menengah rendah aku. kitorg sebenarnye dah lama sangat tak lepak sama..last lepak lepas abes spm (2011) dan lepas spm tu, kitorg langsung x pernah bersua muka kecuali dengan sorg tu je yg dekat ngn aku. tu pon lepak ngn die mase aku nak pegi buat MUET. hampir 4 tahun tak berjumpa, akhirnye kami berpeluang melepak bersama. aku pon kadang2 tertanya tanya jugak..mcm mane la perubahan diorg setelah kali terakhir aku jumpa dengan diorg. well..tak banyak pun yang berubah. adela sikit2 yang aku sendiri rase perubahannya.

kalau nak dibandingkan zaman skola ngn skang ni, mmg banyak la perubahan kitorg semua. tapi, aku salute satu je yang tak berubah pada kitorg. kitorg masih lagi kekal bersama. kalau nak tahu, kitorg ni dulu duduk sekelas, row paling belakang sekali dalam kelas. dalam kelas tu, geng belakang kelas, kitorg la. cikgu2 macam xdela nak bagi perhatian sangat dekat kitorg. sbb salah sorg dari kitorg pendiam dan dua org lagi pemalas tahap tak boleh lentur dah. jd, we only have each other..tapi, tak bermakna kitorg x bergaul dengan budak2 kelas lain. cuma bila ade cikgu je kitorg selesa lepak ngn kitorg sendiri. 

sebenarnye, aku sendiri tak sangka yang kitorg punye friendship boley tahan lama cmni. yela..sebabnye, waktu form 1 dulu, mula2 masuk skola, masuk kelas tu, manela kenal org sgt. lagi2 bagi aku yg susah sikit nak bergaul ngn org baru. bila dah besar, masing2 dah ade kehidupan sendiri kononnye, mestilah dah renggang patutnye..tapi, bila kitorg berjumpa, mcm kitorg ni x pernah berpisah. msih ade topik yang nak dibuka macam lepak dalam kelas dulu sedangkan, kawan2 yang lain dah jauh tinggalkan kitorg. apa yang best lepak ngn kawan2 aku ni? di arus pemodenan ni, (eceh..ayat x boley tahan) selalu kite tgok, kwn2 kita asyik melekat je ngn telefon diorg. even mase keluar lepak ngn kwn2 sendiri. sebok bersosial di medan yang bisu tu. dengan diorg, lepak jadi lebih seronok sebab diorg langsung tak melekat ngn telefon.

kitorang berbual berjam-jam..jalan2 ikut suka hati, makan2..lepak2 lagi..seronok sangat! none of us yang melekat ngn tepon atau lebih tepat lagi layan boyfie..hahahaha!! (terasa ke? berubah la ye).
laddies, here something we should realize..kita sebagai perempuan juga ada hak privasi selagi tidak bergelar isteri. yes..mmg happy layan boyfie tapi..kita juga perlu spend masa dengan kawan2 kita. ape? kalau tak layan nanti boyfie mesej perempuan lain?? hahaha!! girls..come on la..kalau korg layan, bagi sepenuh masa korang, sampai mati pon, kau ingt boyfie kau x msj awek lain?? fikiran jgn nak jadi bodoh sgt. xde laki dalam dunia ni yang begitu setia sgt ngn awek die. even ade awek cantik mcm world's top model pon, atau awek ibarat bidadari syurga yang penuh adab sopan santun kelembutan pon, lelaki tetap lelaki..trust me..diorg tetap akan msj awek lain..

so, dari korg sakit hati fikir boyfie korg tu tetap gak msj awek lain walaupon ade korg, baik korg lepak2 ngn kwn2 korg. sekurangnye, korg x sakit hati melepak ngn org yang dah tentu2 sayang korg sentiasa..dan kelebihannye pulak, korg akan rase ceria dan bahagia tanpa memikirkan masalah hubungn korg yg belum pun jadi halal tu..org kate, hubungn yang berangan je..hubungn yang tidak tentu lagi arah tujuaannye..so, ini 1st journey aku bersama kawan2 aku..tunggu la next journey kitorg..will coming sooooooooonnnn!! peace! smile! x sabar nak lepak ngn korang lagi..xoxoxo

Tuesday, December 9, 2014

ONLY MOM'S VOICE CAN MAKE OUR HEART WARM

hai..its me again..but in a worst condition..semalam, secara officially nye aku x berjaya mempertahankan hubungn aku dengan seorg yg aku syg sgt2..sejak dari smalam, aku cuba bangkit..tp pagi ni, aku jatuh lagi..tengah2 aku kerja, aku x mampu lagi nak menahan kepedihan hati. aku betul2 patah..bukan bengkok..tp patah..harapan, impian dan cita2 aku musnah mcm tu je. aku x salahkn die 100% maybe mmg aku bukan utk die. rase sakit yg aku fikir takkan rase lagi dalam hidup aku, aku silap..malah, sakit ni lebih dalam dari yg sebelumnye. tp, aku masih cuba menerima hakikat dan realiti bahawa dia sudah tiada lagi bersama aku. aku perlu bangkit dan sedarkan diri aku..pada ketika tu, apa yg terlintas difikiran aku ialah mak aku..

bila aku terfikir kan mak aku, aku terus ambil tepon aku dan tepon die..sebagai seorang mak yg semestinya ade naluri kewanitaan, die tahu dari naluri die bahawa aku sedih. sedangkan aku cuba berlakon mcm tiada apa2..tp, mak aku tetiba tanya.."adik, nape ni?" juz a short sentence, only short words yg kluar dari mulut mak aku dah buat air mata aku mengalir sederasnya..mcm air terjun. aku menangis sepuas puasnya sedangkan mak aku masih setia mendengar..dan aku tahu, dari hujung talian, aku dpt tangkap keresahan die..mak aku, risaukan aku..risaukan keadaan aku. lama aku menangis, sampai tersedu sedu, mak aku cuba bersuara tenangkn aku..dia pujuk aku..mak pujuk aku..dan hanya satu perkataan aku boleh balas, "mak..adik sakit..sakit sangat mak.." dan lepas tu, aku cerita semuanya..masih lagi menangis..dan aku dpt rasekan, mak aku tahan air mata dia sbb xnk menangis skali dengan aku..mendengar semua cerita aku..sbb mak aku juga wanita..dia fhm apa yg aku rasa..

lepas aku luahkan segalanya, mak aku mintak aku bersabar..mak aku bg aku bnyk nasihat dan doanya utk aku..mak aku kata, mungkin apa yg aku lalui ni sebangai pengajaran utk aku..belajar bagaimana nk hadapi situasi mcm ni. mak aku kata, Allah letakkan aku sekejap dlm situasi ni utk memberi aku ujian..mak kata, yakin pada Allah..Allah sudah aturkan yg terbaik utk aku..mendengar segala nasihat dan doa dari seorang mak utk anak perempuannya yg patah hati, aku terharu sgt2. aku sedar..jika aku dlm kesusahan, tiada siapa yg akan ade di sisi aku melainkan Allah dan Allah juga kirimkan seorang mak pd aku dan letakkan mak di sisi aku supaya aku dpt bangkit dengan kata2 semangat yg mak aku beri..terima kasih, mak..nasihat mak adik xkn lupa lagi..dan adik akan ikut ckp mak lepas ni..adik percaya pada mak..dan yakin pada mak..kerana mak adalah kiriman dari Allah utk adik. insyallah, mak..insyallah adik akan cuba yg terbaik utk bangkit lagi..jadi anak mak yg dulu..adik syg mak..

dari apa yg berlaku pd aku, aku rasa, mmg mendengar suara seorang mak saja yg akan buat kita tenang..apatah lagi mendengar nasihat dan doa dari mak..aku harap, Allah x ambil mak aku dulu sebelum aku boley berdiri dengan betul..aku perlukan mak aku..only mom's voice can make our heart warm..


Wednesday, December 3, 2014

PROSCRASTINATION

halu..meet again..pagi ni mmg bosan dok office yg sampai skang x bagi2 keje atau bagi turun site. rasenye dah 2 mggu aku dok ngadap youtube all the time sampai aku rase aku dah tahu semua perkembangan video dalam youtube tu (bajet je..)..so, sebenarnye aku selalu tonton (bahasa sopan sgt) video mat luthfi..ala..xde sape yg x kenal mat luthfi vlogger youtube antara yg terkenal..aku rase antara 10 vlogger yg terbaik kot..ok, heres the thing..aku bukan nak ckp pasal mat luthfi since everybody in this world seems to know him..aku terpanggil utk menonton video from other vlogger yg aku rase quite femes. his name is Anwar Hadi aka IniAnwarHadi on his youtube account. baik, mengaku la ni baru 1st time aku tgok video die sbb dulu aku x fhm english and bile x fhm, aku xtau maklumat ape yg die nk sampaikan..dan bile x fhm, aku rase ape die ckp mcm rubbish bunyinye..tu dulu la..skang fhm power tu xde la..fhm siki2 je.

ok, stop about Anwar Hadi intro, dlm banyak2 video die, aku terpilih video tajuk PROCRASTINATION. 1st, aku xtau mende natang procrastination..umur dh tua meningkat tp still dop tau mende..thanks to him yg letak description below his video, aku tau yg bahasa lain utk perkataan procrastination tu serupa mcm "menangguhkan sesuatu pekerjaan". mcm yg die ckp, admit it, kita semua suke tangguh2 keje..apa2 keje pon la kan..tak kira kat rumah, kolej atau rumah sewa..kita mmg suke tangguh keje. well, aku pon cmtu gak. mengaku lagi, most of my times, aku bazirkan dgn menangguh kerja atau apa yg aku perlu buat. at the end of the day, mmg menyesal x sudah la..barula nk ckp, "kan bagus kalau..bla..bla.." bende tu pon dh x gune lagi. aku sebenarnye tertarik nak tulis pasal topik ni sbb sebagai student, aku amat menyesal dgn sifat suka tangguh kerja aku ni. well, kite semua ade kwn imaginasi yg akan bisik kt kita, "wei, rileks la.." setiap kali kita nak buat kerja atau sesuatu. dan akhirnye, kite akn follow kwn imaginasi kita tu yg akan mengakibatkan penyesalan seharian.

bagi yg susah nak lawan kwn imaginasi yg tak sihat tu, aku juga bersependapat dengan Anwar Hadi. sebenarnye, kite boleh katakan "tak nak" pada kwn imaginasi kita tu. senang je caranye..dan bagi aku, cara ni amatlah berkesan dan praktikal. korang hanya perlu sehelai kertas, dan sebatang marker pen (lagi baik warna merah). kemudian, senaraikan ape2 yg korg perlu buat utk hari tu dengan tajuk "REMINDER" atau "ATTENTION" (ditulis menggunakan huruf besar dan ade tanda seru). lepas korg dah senaraikan tampal dekat tempat yg korg tahu korg akan kerap terpandang kawasan tu. klo student, of coz board yg disediakan dalam bilik depan meja study. klo rumah..ermm..aku rase dekat peti ais, cermin atau sebelah skrin tv. bagi yg sedar dirinya suka menghadap laptop atau pc, adelah lebih baik tampal notis tu dekat skrin laptop/pc korang..

hah, mudahkan? lepas tu, setiap kali korg pandang memo tu tanpa menjalankan tugas, korang akan rase bersalah sgt..dan bergantung pada tahap kesedaran korang tu, korang akan dengan mudahnya menjalankan ape yg korang dah senaraikan tadi..sekaligus korang telah pon mengalahkan kwn imaginasi dan overcome masalah berkaitan procrastination korg..so, selamat mencuba..

Monday, December 1, 2014

SENIOR LAMA (DIA TAK KENAL AKU PON)





halu dan slamat pagi..hari ni aku masih bukak fb mcm biase..but..ape yg buat aku terkejut, aku jumpa pasal mamat ni..ok, name die Arif Idris a.k.a Rippo..hahaha..datang mane Rippo tu aku xtau. die senior aku masih sekolah Selandar dulu..well, honestly, aku x rase die kenal aku atau mengaku pernh jmpe aku..die..mmm..femes ke x aku x ingt la pulak..tp, die ni dulu slalu lalu depan kelas aku..actually, aku xdela bnyk sgt memori pasal die. kitorg x pernah berbual jauh skali bertentang mata (Ewah..) yang aku tau, atau ingt die antara senior2 popular mase aku form 4 dulu..bnyk peminat die ni..cuma aku x rase die tahu die bnyk peminat..

tp, yg buat aku terkejut skang ni, aku x tau pon die ni blaja kt utm skudai..batch Buhsan dan Acap Cop..OMG!! rase nk menjerit pon ade..kahkahkah!! aku terlampau excited kot..ala..bnde ni mmg biase je bg semua org yg terserempak ngn senior diorg dekat mana2..tp bg aku luar biase la sbb ni senior x pernah bercakap ngn aku..well, aku dulu suke dok memerhati senior2 aku yg form 5..bukan die je yg aku perhati..senior2 lain pon aku perhati gak..mcm Monte, Daus kecik, Topek, Aniq, Haziq Othman (yg aku xtau die kt mne dh), ermm..ramai gak la..suke tgok diorg sbb nmpk la diorg ni kdg2 senyap pon tp tetap popular dikalangan adik2..kahkahkah!

malangnye, bile aku masuk skudai nnty, Rippo ni dh kluar dh..x silap aku klo aku masuk die akan praktikal..kire kluar la dari utm tu..dh die praktikal aku teka mesti nk balik Melaka gak kan..so, xdpt la nk skodeng2 die..hehehe..creepy x ayat aku? xdela..point aku tulis pasal die ni sbb aku terkejut je..x sangka ade gak senior aku dari Selandar yg amek course Geomatik ni..sbb, aku ingt aku sorg je tercampak kt course ni..by the way bro Rippo, i wish u gudluck in whatever choices u make..and hopefully u better than any bro i knew.. :)

P/S: maaf, rippo amek gambar tanpa izin..