Friday, April 20, 2012

SESEJUK MAAF DI KALBU

baru-baru ni aku ade luangkan sikit mase tok membace..aku rase aku dh lame x mmbace..sebenarnya, aku jumpa buku ni mase tengah nk kemas bilik aku . buku ni aku rase kepunyaan akak aku . tp aku rase die pon dh x ingt yg die ade buku ni . malas aku nk citer pepanjang lagi , aku sarankan kalo korang mencari bacaan ringan , buku ni mmg sesuai . citernye agak menyentuh hati dan perasaan berkisarkan persahabatan . aku rase , penulis buku ni mmg betul2 menyelami perasaan dan jiwa anak muda atau remaja yg dipamerkan wataknya dalam citer ni . kisah 3 org sahabat yg perjalanan hidup mereka telah diceritakan semenjak mereka di sekolah tadika hinggalah mereka berkeluarga . sumpah sedey citer ni . cite ni menunjukkan kite tentang akibat dan peranan sahabat dalam hidup ni . kesetiaaan , penderitaan perasaan , tanggungjawab sahabat dan x lupa juga tanggungjawab keluarga dalam mendidik anak2 mereka . citer ni juga , tunjukkan kita tentang mentaliti remaja zaman sekarang . apa yg ditonjolkan dalam citer ni mmg benar . aku sebagai remaja juga berpendapat sesetengah remaja yg rosak ada punca di sebaliknya . sama ada punca yg kite semua anggap ringan atau berat . pendek kate , citer ni bagi aku pengajaran yg paling bermakna . bagaimana kite sekelip mate mendapat sahabat , begitu juga sekelip mata kite kehilangan sahabat dalam kelalaian kite dan kelemahan kite dalam mmbimbing sahabat kite . cite ni buat aku sedar , mentaliti masyarakat hari ni kurang terbuka dan kebanyakan daripada mereka tidak langsung mahu memberi peluang kedua kepada pesalah . mmg pesalah x seharusnya dipercayai tetapi , tidak semestinya semua mereka begitu . andai 1 hari nnti aku dikurniakan rezeki yg melimpah dan aku berjaya memiliki sebuah perniagaan aku sendiri , tempat itulah akan menjadi permulaan hidup bagi insan bergelar banduan . aku akan memberi mereka pekerjaan . seandainya mereka mmg benar tidak boleh dipercayai , barulah aku boleh melepaskan mereka pergi . sekurang-kurangnya , aku memberi mereka peluang untuk hidup baru . tidak seperti masyarakat kini . apabila saja seseorang itu mempunyai status sebagai bekas banduan , mereka terus dipulaukan tanpa diberi sebarang peluang percubaan . itulah pendapat aku . anyway , nk tahu cite selanjutnya , bolehlah baca sendiri . x tebal pon . 1 hari je boleh abes . daripada xde wat pape kt umah tu , bolehlah cuba membacanya . pasti korang akan mengerti .

No comments:

Post a Comment