Friday, April 13, 2012

MY MONDAY NIGHT WITH DIVA UNIVERSAL

inilah kerja aku setiap hari isnin bermula pd pukol 9 mlm hingga ke pukol 11 malam..cerita Smash ni akan disiarkan pada pukol 9 hingga 10 mlm. cerita ni berkisarkan tentang bagaimana keadaan di belakang pentas teater. rupanya, bukan senang utk menghasilkan teater yg baik walaupon pd seorang penulis skrip yg hebat. Ivy dan Karen pd mulanya bersaing utk mendptkan watak teater sebagai Marilyn Monroe yg hebat dijadikan musikal. namun, apabila juri sudah memilih, tiada siapa dpt menghalangnya. Karen pasrah kerana tidak dipilih dan para juri bersetuju memberikan watak tersebut kepada Ivy justeru meletakkn dirinya sebagai pelakon latar. apakah yang bakal berlaku kepada Ivy dan Karen? saksikanlah..
cerita yg ade kt sebelah ni akan disiarkan pd pukol 10 malam. cerita ni mmg feveret aku. cerita ni berkisarkan tentang seorang lelaki (mike ross) yg pd mulanya mempunyai kehidupan yg teruk sebagai pengedar dadah. dlm percubaan melarikan diri dari ditangkap polis, mike secara tidak sengaja termasuk ke dlm sesi temuduga mencari seorang peguam di firma guaman Pearson Hardman. oleh kerana mike mmg bercita2 untuk menjd seorang peguam namun tidak kesampaian ekoran dibuang kolej telah diambil bekerja oleh Harvey Spector di firma guaman tersebut.
Mike telah menunjukkan potensinya utk menjadi seorang peguam tanpa memasuki sekolah guaman dan tidak memiliki apa2 kelayakan seorang peguam. bermulalah kehidupan baru Mike Ross sebagai peguam yang dilatih oleh Harvey Spector yg kagum dengan kebijaksanaan Mike Ross. pilihan yg baik untuk org yg sukakan cerita2 english yg tidak terlalu berat untk difahami.

No comments:

Post a Comment