dear bff,
i never thought our friendship will end like this..berakhirnye persahabatan kita dengan sesuatu tragedi yg buruk bukanlah apa yg aku harapkan. aku tau semua nya salah aku. aku tau aku terlalu curiga dengan kesetiaan kau. aku terlalu ego dan aku juga terlalu berfikiran negatif terhadap diri kau. tp, aku x dapat kawal sikap cemburu aku yg tidak mahu kau berpaling pada mana2 perempuan pon. hanya kerana sikap aku yg cemburu tu, aku salah anggap pada kau dan akhirnya membunuh persahabatan kita. akula org yg bunuh kau sebenarnya dan aku jugalah org yg telah bunuh hati kau. maafkan aku kerana selalu pentingkan diri dan mencurigai ketulusan dan kesetiaan kau. aku teramat syg pd kau sehingga aku terlalu obses dan terlalu berfikir pasal kau. pd aku, kau adalah kwn yg paling baik yg pernah aku dpt. disebabkan aku x pernh dpt kwn sebaik kau, aku jd paranoid utk kehilangan kau. aku terlalu bersangka buruk sbb aku terlalu sygkn kau. aku jd tamak sbb aku hanya mahu kau pandang aku saja. aku fikir aku dh cukup menjaga kau. tp aku silap. sifat cemburu aku, tamak dan bersangka buruk tula yg membawa pengakhiran hubungan kita. aku fikir, kalau aku bersikap begitu, aku xkn kehilangan kau sbb aku mmg xnk kehilangan kwn mcm kau.
kini, kau tiada..kau pergi kerana aku..kau pergi dari hidup aku kerana sikap aku yg aku sangka baik utk menjaga hubungan persahabatan kita. bila kau xda..baru aku tau sunyinya hidup ni..aku x pernh berhenti berdoa agar kau maafkan aku. meskipun kau xkn kembali dalam hidup aku, sekurang kurangnya kau maafkan la aku. air mata ni x pernah berhenti mengalir setiap kali terpandang gambar kau. walau ape yg aku buat, aku selalu teringat pd kau. begitu besar kesan yg kau bg dlm hidup aku walaupon sekejap aku mengenali kau. sekarang, aku hanya mmpu mengenang semua kenangan kita selama kita berkenalan. aku masih ingat mase kita pergi mkn froyo dkt square one. kita share mkn same2. kau hanya mkn sikit lepas tu kau xnk mkn lg. bile aku tanya kenapa xnk mkn lg? kau jwb, kau x suka froyo. then, aku tergelak..kau kata froyo masam..sejak dari tu, aku pon x pernh mkn froyo lg.
aku ingt waktu kita pergi mkn kfc. aku kenyang dan kau mkn. habis tgn kau berminyak sbb mkn ayam. pastu kau sebok pegang fon kau. aku amek fon kau dan lap dengan tisu. aku kata, sygla fon kene minyak. kau hanya senyum. kita share banyak cerita yg xde sape tau melainkan aku dan kau. aku ingat bnyk lagi kenangan kita. tp yg paling manis adalah mcm mane aku boley kenal kau. aku x pernh lupa walau sesaat mcm mana aku kenal kau. aku masih ingat kau nk menulis sebuah buku. bila aku tanya buku pasal ape, tp kau xnk bgtau. aku hanya dpt mengagak yg buku tu akan berkisar pasal hidup kau. dengan keadaan sekarang, aku x rasa kau masih mahu menulis sebuah buku. kalau ade buku tu, aku pasti akan beli walaupon aku tiada dlm hidup kau. pd aku sekarang, hanya ada gambar dan kenangan saja.
ya..aku mmg cemburu..kerana aku syg kau..dan ya..aku mmg masih ada perasaan tu. perasaan yg lebih tu. kau pernh membahagiakan hidup aku. kau pernh jd sebahagian dari hidup aku. x mungkin aku senang lupakan kau. kesilapan aku adalah melepaskan kau pergi..membiarkan kau pergi..kerana aku tau aku xkn jmpe kwn sebaik kau. andai aku xde lagi dkt dunia ni, aku harap aku akn jmpe kau di sana. utk menunggu kemaafan dari kau. kemaafan dari seorang sahabat yg pernh menyayangi aku ketika dulu...terima kasih atas semua curahan, luahan dan sudi menjadi pendamping aku di waktu aku memerlukan seseorg. walaupun lepas ni kau dh xde, aku masih akan bercerita dgn kau..cuma dengan cara yg berbeza. sbb, aku cuma hanya ade kau yg mendengar...mungkin aku akn luahkan masalah aku dkt kau yg ada dlm gambar. tu pun masih kau kan? jd, kau masih ade utk dengar..
sekali lagi..terima kasih aku ucapkan..atas segalanya. jasa baik kau xkn aku lupakan. aku doakan semoga kau berjaya dlm hidup kau dan berjaya menghadapi pelbagai dugaan hidup. aku selalu akan mendoakan kau..aku syg kau..
ikhlas dari aku,
yg pernah jd bff kau..
don't ever ever give up in your life....
ReplyDeletekehilangan yang baik akan digantikan dgn benda yang lebih baik