Tuesday, February 5, 2013

INI BUKAN DUNIA YG AKU BAYANGKAN

dulu, aku pernah ckp..dunia aku sekarang sgt best. hidup yg aku selalu idamkan mase aku sekolah dulu..dunia bebas..hidup berjauhan dari keluarga, apa2 je nak buat boley..tanpa sebarang pengawasan dari mereka..ya, itu yg aku mahu selama ini..tp, melihat orang2 yg tewas pada cabaran dunia, aku jd takot. masa nilah aku berharap parents aku ade di sisi utk membimbing aku supaya tak lakukan kesilapan besar dalam hidup ini..kawan, kite maseh mude, aku ngn ko, kite same je..aku pernah ckp kt ko, kuatkan diri..ingt tujuan kite ke sini utk belajar..tp, sekarang aku ngn ko jaoh bezanya..ko dh tewas, ko dh gagal mempertahankan maruah ko..dulu, ko pernah ckp, seteruk-teruk kau pon, kau maseh kuat dan mampu..aku faham mcm mane ko boley tewas..dengarlah, aku serius risau dekat kau..tp aku x mampu menghalang ape2 yg kau nak lakukan di luar sana..aku bukan mcm kau, kawan..mungkin kau fikir die yg terbaik utk kau. pd aku, die bukanlah yg terbaik utk kau kalau die yg memintanya..kau tunggu jela 1 masa nanti..die pasti akan tinggalkan kau juga. aku bukan mendoakan keburukan ini, tp aku mahu kau berpijak di dunia realiti..aku nak kau berfikir dengan matang..kawan, adakah kau akan menyimpan sampul ais krim kegemaran kau sesudah kau mendapat ais krim tersebut?? sesudah kau merasa kenikmatan ais krim tu?? mcm tulah juga aku nak ckp pasal org yg kau banggakan tu..kawan, aku sedey bile mendengar cerita kau..kau bercerita dgn penuh bangga mcm nak bagitau 1 dunia..pd pandangan aku pula, kau telah menemui 1 kerugian dalam hidup kau..itulah yg terjadi andai kau tidak boley menerima ilmu keagamaan yg cube rakan2 kau ceritakan..aku juga bukan gadis yg baik tp sekurang-kurangnya aku tidak jahil..

melihat keadaan kau yg sekarang buat aku teringat zaman jahiliah yg pernah aku belajar walaupon aku tidak pernah mengalami zaman tersebut. kawan, kau tau x zaman jahiliah tersebut taraf wanita di mata manusia hanya pd paras tapak kaki?? wanita yg melahirkan anak perempuan, anak tersebut akan ditanam hidup2..wanita hanya untuk berhibur, memuaskan nafsu je..wanita tidak lebey dari sebarang status sebagai alat utk berhibur..datangnya Islam telah menaikkan taraf wanita sehingga wanita sekarang mampu bersaing dengan lelaki..wanita hatinya lembut walau luarannya keras..wanita pasti tidak dpt menahan pujuk rayu lelaki..itulah kau, kawan..kau x tahan dgn pujuk rayu die. kalau betul die org yg baik utk kau, die pasti tidak merayu utk sesuatu bende yg berharga pd diri kau. die pasti akan menunggu saatnya dengan sabar andai kata hatinya mmg tulus menyayangi kau. kawan, org2 mcm kau lah yg merendahkan taraf wanita..org2 mcm kau la yg akan mengembalikan semula zaman jahiliah tersebut. apa bezanya kau dengan perempuan2 yg dh tewas di luar sana? apa bezanya korang?? beza atas dasar wang ringgit saje kan?? kononnya, kau beza dari mereka kerana kau melakukan dgn rela hati dan bersama hanya seorang je bukannya bertukar2 kan?? tp, kau sebenarnya lagi teruk dari mereka..sekurang-kurangnya mereka peroleh ganjaran..kau?

aku tahu, aku menanggung dosa kerana tidak menegur kau..tp kawan, aku sudah sedaya upaya menarik kau ke jalan yg benar..aku gagal..aku hnya mampu berdoa agar Allah mengampunkan dosa2 aku yg gagal membimbing kau dan semoga Allah membuka hati kau untuk bertaubat, kawan..aku juga berdoa agar Allah kuatkan aku dan beri sedikit keimanan dalam hati aku untuk menahan dari melakukan kemungkaran. aku percaya, selagi aku berpegang pd ajaran yg betul, ajaran yg di beri oleh ibu bapa aku, aku pasti tidak akan tersimpang..kerana aku kuat..kerana, dunia kau bukan yg aku bayangkan utk menjadi dunia aku..


No comments:

Post a Comment