Thursday, November 29, 2012
KAWAN SEJATI
apa erti kawan bagi setiap orang? aku yakin, pasti ramai yg memiliki definisi yang tertentu. tp, bagi aku, kawan merupakan insan yang selalu berada di sisi kita di saat kita memerlukan teman, mengambil berat tentang diri kita dan selalu mendengar luahan perasaan diikuti selalu menasihati diri kita..kalau dulu aku masih tercari2 seorang kawan, sekarang aku mempunyai lebih dari seorang kawan. setiap daripada mereka kadang2 memiliki kekurangan yang tidak mampu memuaskan hati aku. namun, aku harus menerima kekurangan mereka kerana mereka juga cuba untuk menerima kekurangan aku. aku tidak boleh memilih kerana aku yakin mereka adalah yang terbaik untuk aku. aku mula sedar mereka merupakan insan paling berharga dalam hidup aku di universiti ni. tanpa mereka, aku tidak boleh hidup dan tanpa mereka juga, aku tidak sempurna. aku mula sedar tentang semua ni mase aku sakit aritu. aku bersyukur kerana aku ditakdirkan untuk sakit aritu. jka tidak, aku pasti tidak nampak kebaikan dan keprihatinan dalam setiap diri mereka. aku kini lebih menghargai mereka walaupon mereka tidak tahu. bagi aku, susah untuk mencari kawan seperti mereka yang betul2 peduli pasal diri kita. mereka juga telah banyak memberi sokongan,motivasi dan nasihat pada diri aku. aku betul2 tak sangka mereka amat prihatin dan baik. aku bersyukur sebab aku ade mereka. aku harap, kami akan kekal sebagai kawan sejatisampai bila2. sampai kami pergi dari dunia ini. pd aku, permata yang berharga dalam dunia ini adalah insan yang bergelar kawan sejati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment