Sunday, May 20, 2018

RINDU

Pagi ni, hari ketiga umat islam berpuasa. Aku sudah di akhir semester. Banyak yg telah aku lalui. Banyak juga pengalaman aku di sini. In shaa allah aku akn menamatkan pengajian aku dalam 3 minggu lagi. Bila terfikir tentangnya, aku menjadi sayu...sayu utk tinggalkan kenangan yg sudah cecah 5 tahun..aku di sini 3 tahun tetapi aku pada nama IPT ni 5 tahun. Tiba-tiba otak kembali ligat memikirkan semua kenangan termasuklah tanggal 13 Mei 2018...air mata aku mengalir...sungguh..aku rindu. Berkali -kali aku cuba nafikan perasaan rindu ni. Tapi aku tak terdaya...benar..aku rindu..hanya Tuhan yg tahu betapa aku rindu pada dia...ya..dia..lelaki yg tak pernah jemu berlari dekat jantung dan fikiran aku. Lelaki yg dulunya teman hidupku..dan kini tiada. Andai boleh diputarkan masa, akn aku tebus semua kesalahan, kesilapan dan ego juga ketidakmatangan aku ketika itu. Andai aku tahu kehilangan dia amat perit bagi aku. Ya..aku masih syg dia...setahun perpisahan nama dia tak pernah padam dlm hati mahupun ingatan. Bilik yg aku huni ni menjadi saksi.....menjadi saksi air mata rindu dan penyesalan yg aku lalui. 13 Mei 2018, tarikh terakhir kali aku menatap wajahnya...mendengar suaranya...melihat senyumnya...alangkah peritnya utk aku lalui saat akhir tu. Ingin skali aku peluk dia...kucup tangan dia dan meminta maaf dgn penuh penyesalan. Andai dia tahu betapa dalam perasaan aku pd dia..betapa menyesalnya aku kerana ikutkan ketidakmatangan aku ketika itu...tapi semua ni...aku tak dapat luahkan pada dirinya. Hanya Tuhan yg menemani aku sepanjang aku menanggung rasa rindu dan penyesalan ini.

1/3 malam menjadi saksi..aku tak pernah berhenti mendoakan dirinya. Mungkin aku dh terbiasa. Dari dulu, aku slalu mendoakan dia agar dipermudahkan segala urusan. Tuhan...hanya kau tempat aku mengadu. Sesungguhnya perasaan yg kau beri padaku ini tidak dapat aku pindahkan pd org lain. Setiap kali aku mendengar berita perkenalan dia dgn wanita2 lain, jantung ini seakan berhenti...sesak nafas...tak henti-henti air mata mengalir. Tapi, siapa aku utk menghalang? Aku cuma ada sekeping hati yang terukir nama dia yang tak dapat aku padamkan walaupun sekeras mana aku usaha. Kadangkala aku marah...mengapa aku tak boleh padam namanya dari hati dan ingatan aku? mengapa? soalan yg sering aku tak temui jawapan. Andai aku diberikan peluang lagi, akn aku jaga dan hormatinya kerana aku yg sekarang bukan lagi aku yg dulu. Sedarkah dia...walaupun dia mungkin tidak lagi mempunyai perasaan pd aku, mungkin dia ingin meneruskan hidupnya tanpa aku...jauh disudut hati aku, aku masih menyimpan secebis harapan...harapan agar 1 hari nanti terbuka utk dia benarkan aku menebus semua kesalahan aku dgn memberi peluang terakhir...salahkah aku berharap? Tuhan..kau pemilik segala hati..walau apa pun yg berlaku, aku tahu Kau akn sampaikan rindu aku padanya. Kau pemilik segala hati..jagalah hati yg kau pinjamkan pd dia..utk diriku..Aku rindu padanya...Hanya Kau yg mengerti...