Awal pagi dikejutkan dengan mesej dari Ex. Hati minta bertenang..soalan bertanya bagaimana aku menangani stress. Aku bercerita sekadar nak kongsi apa yang aku buat. Sbb, aku pon xdela power sangat. Perbualan berkait dengan masa lalu. Masa lalu kami. Cepat2 aku istighfar..taknak terlalu berfikir dan menjunam ke dosa silam lagi. Aku tangani dengan tenang. Cuba tidak terlalu fikir. Perbualan terhenti kerana dia ada kerja yg nak dilakukan. Aku hela nafas...kembali melakukan tugas2 harian di rumah. Tetapi, otak masih ligat berfikir..tentang dosa-dosa silam aku.
Semua org..aku pasti ada dosa silam masing-masing dan pasti aku juga. Selagi namanya manusia, tak pernah lepas lakukan kesilapan. Tiba-tiba aku terfikir..adakah sebab dia mula rasa kehilangan aku yang membuatkan dia meminta maaf berulang kali? Adakah tandanya menyesal? Jika apa aku teka adalah apa yg sebenar dia rasakan, maka betul la org cakap, bila sudah tiada baru berasa menyesal dan barula rasa nak menghargai. Bagaimana aku? Adakah aku juga berasa seperti tu? Hubungan yg lama..pasti aku juga rasa menyesal setelah kehilangan dia. Tapi..aku pergi demi kebaikan semua. Terutama kebaikan pada dia. Mungkin dia tak nampak kat mana baiknya situasi kami bila aku pergi. Pasti dia akan menyalahkan dirinya, menyalahkan aku dan benci terhadap aku. Aku harus tabah. Kerana satu hari nanti, bila dia sedar semuanya, dia akn berterima kasih pada aku kerana lepaskan dirinya.
Bagi aku pula..aku pilih utk lepaskan dia kerana diri aku sendiri. Aku merasakan hubungan yg terlalu lama ni tidak mendatangkan apa-apa sefahaman bila kami asyik bergaduh mengenai benda2 kecil, cemburu buta aku, kata2 kasar dia pada aku dan kata2 kasar aku pada dia...bila terfikir balik, kami tidak pernah cuba utk mengenal diri masing2. Kami lebih kepada bersabar..kdg2 membalas semula perbuatan yang lalu, masih ada ketidakpuasan hati, berdendam, dan redha saja..berendam air mata. Kami tidak cuba baiki diri kami..hanya sibuk membaiki hubungan. Jika tak baiki diri, bagaimana hubungn harus dibaiki? jika tidak cuba baiki hubungn dengan Tuhan, bagaimana kebahagiaan akan muncul?
Kerana tu, aku undur diri. Memberi peluang untuk memperbaiki diri. Mengenang dosa-dosa silam aku, baru aku sedar..aku sebenarnya belum sedia untuk berhubungan dengan manusia. Jauh skali ingin berpasangan. Aku sendiri tidak mampu membahagiakan diri sendiri, bagaimana aku ingin membahagiakan orang lain? Aku orangnya negatif...bagaimana ingin berada dalam hubungn yang positif? Mungkin, bahagia tidak boleh bersama aku sementara ni, kerana dosa-dosa silam aku ialah melukakan hati orang lain. Mengubahnya dari positif ke arah negatif. Menguji kesabarannya dan tidak membahagiakannya. Kerana dosa-dosa silam itulah, aku fikir..aku belum bersedia. Aku perlu mengubah diri aku..mengubah pandangan aku..mengubah sikap aku utk masa akan datang.
Buat masa ni, aku tidak lagi ingin mencari kebahagiaan aku..kerana..aku sedang membayar karma dan kifarah setiap hati yang aku lukakan..hari demi hari..aku membayarnya setiap hari. Aku sedang membayar harga dosa-dosa silam aku ketika ini. Hanya pada Tuhan aku mengadu kerana hanya Tuhan yang memahami apa yang sedang aku tanggung. Aku juga tidak boleh cemburu ketika melihat satu per satu kawan2 ku menemui kebahagiaan mereka. Kerana aku tahu..inilah hukuman yang harus aku hadapi untuk setiap dosa-dosa silam aku lakukan. Biarlah...sehingga ianya berakhir sendiri. Aku pasrah..aku redha..aku menerimanya dengan ikhlas. Cuma aku menyimpan secebis harapan..agar satu hari nanti, bila kesemua harga dosa silam aku sudah tertunai, temukanlah aku dengan secebis kebahagiaan sebelum aku menutup mata selamanya...