helo..dan slamat menyambut tahun baru (lambat wish..hehehe..) tahun yg baru..yang aku harap semuanya akan berjalan seperti yang aku impikan. dan aku juga berharap, hidup aku akn menjadi lebih baik dari tahun lepas. semoga aku mencapai apa yang aku impikan dan semoga harapan aku untuk kembali bersinar akan muncul semula. tahun lepas..di penghujung tahun (2015), aku agak sibuk sedikit berikutan jantung aku yang melompat nak menanti keputusan sambung degree. alhamdulillah, aku sudah pun melepasi semester pertama aku sebagai pelajar ijazah. aku masih belajar di universiti yang sama..cuma tempat yang berlainan. tempat ni..di sinilah sebenarnya tempat yang aku takut nak masuk..takut akan terjumpa kenangan lama..kenangan yang dulunya menghancurkan hati dan kepercayaan aku terhadap seorang lelaki (kecuali ayah aku..ayah tak pernah lukakan hati aku). seperti yang aku jangka..dunia ni kecil, pasti akan berselisih bahu. ye..aku terjumpa dengan lelaki yang menghancurkan hati aku dulu. aku tahu, jika aku masuk sambung belajar di sini, dia pasti akan satu fakulti, satu jabatan malah satu bangunan dengan aku. tapi..demi mak dan cita-cita aku yang nak habiskan ijazah aku, aku tolak tepi smua tu. aku ingin mulakan hidup baru.
hampir setahun lebih aku cuba mencantumkan semula hati yang berkecai..cantumkan juga hati yang patah sendirian..aku akui..kalau la mak aku xde mase tu..mungkin lagi lama masa untuk aku pulih. mak memang sumber kekuatan aku saat aku lemah. namun, bile duduk di tempat ni..di sini..aku perlu cekalkan hati. hati mana yang tak hancur jika diperlakukan seperti tu? kasih sayang dan pengorbanan yang ikhlas disia-siakan..aku tahu, aku bukanlah gadis yang cantik untuk menakluk hati setiap lelaki yang memandang aku. tapi..dengan dia, aku ikhlas menyayangi dirinya. apakan daya, manusia lebih memandang permata dari besi. pada mulanya, aku berniat dalam hati..kalaupun kami berjumpa lagi, hati ini takkan terbuka lagi selain berkawan. teringat aku pada kata2 nukilan yang pernah aku baca.."dari berkawanlah munculnya pasangan..". sakit juga otak aku berfikir..apa yang aku rase setelah setahun lebih tidak berjumpa dengannya dan tiba-tiba, jumpa kembali. semakin lama, aku rasa aku makin hanyut..perubahan yang ada dalam diri dia sikit-sikit membuka hati aku. mungkinkah dia sudah berubah? atau..dia hanya berlakon semata-mata di hadapanku? aku pun tak dapat pastikan.
hari demi hari bersama dengan dia, aku jadi seronok..gembira..kadang2 aku lupa masalah aku. dia juga berjanji di hadapan tasik..peristiwa lama tidak akan berlaku lagi. tapi..mampukah aku percaya pada janjinya sedangkan dahulu, dia juga pernah berjanji? aku runsing memikirkan hubungan kami..janjinya dan kepercayaan aku..susah nak bersatu. kata orang, kalau kita sudah tiada kepercayaan lagi, sebuah perhubungan tidak akan berjaya. tapi, bolehkah aku buktikan..tanpa kepercayaan sesuatu hubungan juga boleh berjaya? berjayakah? entah..aku runsing..pusing..emosi aku juga sedang memerangkap aku. adakalanya aku sedih bila dia tinggalkan aku..adakalanya aku gembira bila melihat senyuman dia..adakalanya, aku marah bila dia tidak layan aku..tapi sedarkah aku, siapa aku pada dirinya? hati aku main tarik tali..sekejap tak kesah dengan kehadirannya..sekejap pula boleh jadi rindu..apa yang berlaku?
macam mana pun...hati yang luka mesti boleh baik..boleh pulih..tapi, bila terluka yang sangat dalam, walaupun lukanya sembuh, tak mampu nak hilangkan parut. kadang2, parut tu berdarah kembali bila memikirkan ketidakjujuran dirinya dan kecurangan yang aku hadapi dulu. air mata aku tak pernah berhenti mengalir bila fikir sakitnya luka yang aku tanggung dahulu. retak, patah beribu..pernahkah dia rase seperti aku? dia mungkin tak pernah rasa..sbb tu dulu dia pilih utk lukakan aku. aku hanya gadis yang lemah..aku tak mintak banyak..hanya mintak dihadirkan seorang lelaki yang betul2 sygkan aku, dan jujur pada aku..hanya itu permintaan dari hati yang terluka..tu saja yang diperlukan oleh that broken heart...